Voting

Monday, September 26, 2011

mak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Orang kata aku lahir dari perut mak...

(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
...
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak

Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak

Bila nak bermanja, aku dekati....... mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak

Bila nakal, yang memarahi aku.... mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak

Bila takut, yang tenangkan aku.... mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak

Aku selalu teringatkan ..... mak

Bila sedih, aku mesti talipon.... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak

Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak

Yang selalu berleter kat aku... mak

Yang selalu puji aku.... mak

Yang selalu nasihat aku...... mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari..... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu... aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya..........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

Sunday, December 12, 2010

who says our english is "teruk"...lets check it out...

Just see below our simple, short, concise, straight-to-the-point,effective etc.....hehe...

WHEN GIVING A CUSTOMER BAD NEWS..
Britons: i'm sorry, Sir , but we don't seem to have the sweater you want in your size, but if you give me a moment, i can call others outlets for you..
Malaysian: No stock
WHEN SOMEONE DID SOMETHING WRONG
Britons: this isn't the way to do it. here, let me show..
Malaysia: Like that also don't know how to do!!!
RETURNING A CALL
Britons: Hello, this is john smith. did anyone page for me a few moments ago?
Malaysian : Hello, who page?
WHEN TRYING TO FIND OUT WHAT HAD HAPPENED
Britons: Will someone tell me what has just happened?
Malaysians: What happend ../why like that.
WHEN ONE IS ANGRY
Britons: Would you mind not  disturbing me?
Malaysian: Celaka u..
WHEN ASSESSING A TIGHT SITUATION
Britons: We seem to be in in a bit of asituation of a predicament at the moment
Malaysian: Die lah!!!
WHEN SOMEONE OFFERS TO PAY
Britons: hey , put your wallet away, this drink is on me..
Malaysia: no need lah...
WHEN ASKING SOMEONE TO LOWER THEIR VOICE
Britons: Excuse me, but could you please lower your voice. i'm trying to concentrate over here.
Malaysian: Shut up lah!!!.
WHEN ASKING FOR PERMISSION
Britons: Excuse me, but do you think it would be possible for me to enter through this door?
Malaysian: (pointing at the door) can arr?
WHEN ASKING SOMEONE IF HE/SHE KNOWS YOU
Britons: Excuse me, but i noticed you staring at me for sometimes. do i know you?
Malaysian: See what, see what?
WHEN ENTERTAINING
Britons: Please make yourself right at home..
Malaysian: Don't be shy la..
WHEN DOUBTING SOMEONE
Britons: don't recall you giving the money.
Malaysian: where got?
WHEN DECLINING AN OFFER
Britons: I'd prefer  not to do that, if you don't mind
Malaysian: Don't want la..
IN DISAGREEING ON A TOPIC OF DISCUSSION
Britons: Err. Tom, i have to stop you there. i understand where you're coming from, but i really have to disagree with  what you said about this issue.
Malaysian: you mad, ah?..

Tuesday, December 7, 2010

salam maal hijrah...

Alhamdulillah.... kita dapat menyambut tahun baru islam sekali lagi.....the best part was the day was my besday..hihi  heppay besday too  mee....may ALLAH BLESS US.. INSYAALLAH..

Tahun nie insyaallah azam saya ialah untuk mermiliki perniagaan sendiri..hope sesangat akan berhasil ...selain daripada itu mohon sangat-sangat agar ALLAH jadikan saya segbagai hambanya.. yang taat dan selalu mengingatiNya....

Seiring dengan bertambahnya tahun hijrah nie.. secara logiknya  umur kita juga akan bertambahkan??...oleh itu haruslah kita memperbanyakkan amalan kita buat bekalan kita DISANA kelak....bersesuaian dengan kata-kata yang pernah diluahkan oleh Abu Hurairah r.a  yang berbunyi.." setiap kali datangnya tahun baru .. membuat aku risau dan resah kerana.. semakin singkat umurku .. semakin dekat ajalku..semakin tipisnya waktu pengampunan ALLAH terhadapku..semakin dekatnya hari perhitunganku...." Renungkanlan ayat tersebut demi kebaikan bersama insyaallah.....

Salam maal hijrah juga ku kirimkan buat ayah  bonda yang selalu dikasihi... abang2 serta adikku yg tersayang...semoga ALLAH merahmati kita..
Buat sahabat- sahabat tersayang semoga tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari pada tahun yang sebelumnya.. insyaallah...dekatkan lah hati mu denganNYA .. nescaya Dia akan mendekatkan dirimu dengan syurgaNYA....

and thanks al ot  for the busday wishes... i really appreciate it...terima kasih kepada kalian yang masih mengingati aku.. sebagai sahabatmu... terimakasih bebanyk.. semoga ALLAH merahmati kalian sahabatku... hihi.... daaaa wasssalam....

Friday, November 19, 2010

my aidil adha..


Assalamualaikum..nie entry yang ke-2.agak mlas nak tulis coz final just arount the corner..opppss sorry..lupe nak wish  salam aidil adha..salam aidil adha buat semua ..especially mak n ayah.. abng2  n adik yang amat dikasihi.. moga sentiasa berada dalam lembayung rahmat ILAHI sentiasa...x lupe juga buat member2.. yang selalu dekat di hati...semoga ukhuwah kita sentiasa diredhaiNya..for this month i just want to shere about my aidil adha moment..hikhik..
  
before this i always wondering  kenape orang kate hari raya haji itu lebih besar dan bermakna daripada hari raya aidilfiri n we should celebrate it more happening  than we celebrate aidil fitri..why?WHY?...finally i gate the answer...hari raya aidil fitri sebenarnya hari kita merayakan kemenangan kita kerana telah berpuasa  selama sebulan di bulan ramadhan dengan niat kerana ALLAH ..TETAPI..hari raya aidil adha kita sebenarnya meraikan pengorbanan yang kita lakukan untuk  ALLAH..dan darah serta nilai pengorbanan itu hanya untuk ALLAH SEMATA-MATA..so anda rase mane yg lagi hebat n besar nilainya?fikir2 kan lah n selamat beramal..hikhik


ok next section..makan timee...hihi... raye aji taun nie paling best coz.. saya dapt rase bihun sup utara yg di buat oleh bestpren saye..eh silap mak bestpren saye..hihi..nak tengok ? rupa dia mcm nie.. la lebih kurang...hihi


TQ to NUR ASHIKIN BINTI ALIAS...coz sodap sangat..hihi..next year buat g tau ... saye x kurang juga hebatnye.. hehe ( perasan toll)..tahun nie saye buar nasi ayam special.. hihi...sodap..nie.. ha tengok arr ..tapi rase x leh arr... coz it just a picture!!!!




hihi jgan jelous....ok lah 2 saje entry untuk bulan nie.. ASSALAMUALAIKUM..

Saturday, October 23, 2010

seiNdah hiAsan AdaLah waNita soLehaH

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.